Friday, January 17, 2014

Sepahtu, chaiyok!

Assalamualaikum, good night everyone! Malam-malam gini pun sibuk nak buat entry lagi, kan? Biasalah, maklumlah! Hari ni hari Jumaat, MLM lah jawabnya. Selalunya pukul 12.30 Najwa tidur. Family najwa pun samalah, geng burung hantu! Semuanya  sibuk layan MLM. Family Najwa minat Sepahtu semua! Geng!

Sepahtu, Najwa paling suka Jeplah! Hihi...apa-apa pun Najwa suka jugak Shuib dengan Rahim. Lawak diorang bersahaja, kan? Kalau tak suka, janganlah kutuk apa-apa pula. Najwa pun minat Shiro jugak. Siapa tak suka Sepahtu, jangan kutuk apa-apa pulak, siapa tak suka Shiro janganlah kutuk apa-apa. Please sangat... :) Smile smile smile

Tapi, Najwa hope sangat Sepahtu jadi juara. Dorang memang ohsemlah! Suka sangat Najwa! Hope menang. -Menyokong :P

Hihi, tengah layan Bochey ni. Best jugalah. :) Time Sepahtu tadi, family Najwa gelak tak berenti. Najwa pun sekalilah. Haha, Jep dengan Shuib mengata Rahim. Hihi, macam-macam perangai... tapi apa-apa pun kita....

ENJOY!!!

Ayat siapakah itu??? Hihi, pikirlah sendiri! 

Najwa tak nak taip panjang-panjang ni, Najwa guna laptop abang, nanti abang nak guna pulak. Lepas Bochey, tinggal Jambu pulak. Gomo kita  tengok, bye bye!

By the way, sebelum itu man of the match malam ini?(betulke Najwa eja ni? Kalau salah tegur, ya) Shuib kot... Hihi, just teka je. 

Penyokong-penyokong Sepahtu

Keep Supporting  Sepahtu! Yeay!!! 

Good night, have a sweet dream, bye bye!

Tuesday, January 14, 2014

Happy Day

Assalamualaikum. Hai hari ni betul-betul happylah kan. Najwa pun terlebih happy, entah sebab apa! Keh keh! 

Meh nak cerita, sebenarnya hari ni di sekolah Najwa ada Sambutan Maulidur Rasul. Mungkin sekolah korang juga ada sambut, kan? kan kan kan?

Di sekolah:

-Berkumpul
-Bagi sepanduk(Rasulullah Idola Sepanjnag Zaman) Banyak lagi
-Berarak sambil berselawat
-Dengar ceramah
-Tayangan video(Perjuangan Rasulullah SAW, ustaz pesan kalau dengar orang sebut SAW, jawab SAW. Najwa tulis singkatan aja)
-Kuiz
-Nasyid(Lingkup, malu)
-Bersurai, ambil makanan

Best best!


Rasa meriahlah. Balik sekolah pula, satu kejutan lagi!

Yeay! Abang Hafiz balik! Rindu sangat dengan Abang Hafiz ni. Najwa panggil dia, Abang Pit je. Abang Pit sporting. Haha, dia kalau bab membaca geng dengan Najwalah. Abang yang sangatlah garang macam singa, tapi penyayang! Bab memasak nombor 1.

Okeylah, nak bersiap nak pergi sukan ni. Bye bye!


Tak sempat nak taip panjang-panjang, bubye! Sebelum tu, korang rumah apa? Najwa rumah merah.

Merah=Redang
Biru=Langkawi
Kuning=Pangkor
Hijau=Tioman

Rumah merah selalu juara, keh keh, terlebih bangga!

Monday, January 6, 2014

Sekolah Sri Bangsar

Assalamualaikum, holla, selamat petang! Najwa ada satu cerita nak share dengan korang semua hari ni. Semoga terhiburlah apabila membaca, kan? Hihi, muka dah happy terlebih sekarang. 

Siapa Blinkers? Blinkers mesti tahukan? Kan kan? Ek? Ini pun Najwa seacrh tentang Sekolah Sri Bangsar! Whoa, dapat juga apayang Najwa inginkan. Apa yang Najwa mahu, Najwa akan cari sampai dapat. Prinsip Najwa, ceh!  Okey, kita sambung ya... 

Kita sekarang dah ada facebook, twitter dan macam-macam lagilah kan sampai Najwa pun tak tahu nak cakap, berbuih mulut. Facebook antaranya yang paling popular, kan?  Umi Najwa pun pro bab facebook ini, mengalahkan Najwa pula. :( Blinkers tahu kan Sekolah Sri Bangsar. Mestilah tahu kan...  ada satu laman sosial yang dinamakan Sekolah Sri bangsar.  Dulu Buletin Sri Bangsar. Whoa, mesti kagum memabaca cerita ini, ya? Haha...

Sekolah Sri Bangsar ini sebenarnya adalah ciptaan Kak Ain Maisarah, siapa yang kenal. Angkat tangan tinggi-tinggi. Biar setinggi Gunung Everest! Setinggi Gunung Himalaya! Sekolah ini hanyala sebuah sekolah maya. Pembaca boleh berinteraksi sesama sendiri di sini. Semua gambar dan cerita hanyalah ciptaan bukan realiti sebenar. Kesemua watak pelajar dan cikgu terdapat di dalam semua novel Kak Ain Maisarah. Contohnya, gambar Sekolah Sri Bangsar :) 



Inilah... :) Kisah penubuhan Sekolah Sri Bangsar (khayalan penulis)

Sekolah Sri Bangsar telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Dato' Seri Ainon Maisarah. Pada waktu itu, Dato' Ainon Maisarah adalah ahli parlimen kawasan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar bermula sebagai Sekolah  Menengah Sri Bangsar(sebuah sekolah kerajaan)

Selepas 26 tahun, Sekolah  Menengah Sri Bangsar bertukar status kepada sekolah swasta. Dan namanya menjadi Sekolah Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar dibeli oleh seorang tokoh usahawan yang terkemuka di Malaysia iaitu Tan Sri Hisham. :)

Pihak pengurusan Kak Ain Maisarah menerima emel daraipada ibu bapa yang mencari Sekolah Sri Bangsar.  Untuk  mengelakkan kekeliruan, pihak Kak Ain Maisarah menyatakan bahawa Sekolah Sri Bangsar adalah ciptaan Kak Ain Maisarah.

Istimewanya, siapa yang mendaftar dalam laman Sekolah Sri Bangsar dan boleh sertai forum bicara di sana. Setiap pelajar akan diberi status tingkatan satu di Sekolah Sri Bangsar walaupun umur berapa pelajar itu.  Paling menarik, semakin banyak interaksi online yang dilakukan, status itu akan dinaik taraf kepada tingaktan dua hingga tingkatan lima. 

Bolehlah melawat: 


Najwa pun mendapat maklumat serba sedikit mengenai Sekolah Sri Bangsar ni. Semoga Kak Ain terus maju ke hadapan! Go go go! Good luck! :) Najwa doakan kejayaan Kak Ain selalu. 


Majulah Kak Ain untuk Sri Bangsar! Yeay yeah! 

Sunday, January 5, 2014

Demam 'ek'

Assalamualaikum!!! Hai melenting suara, biar pecah kerengkong tu! Huhu, jawab salam jangan lupa ek. Huhu, hari ni Najwa demam ek, bahaya betul demam tu. Memang bahaya sangat tau tak? Siapa yang dah kena, senasiblah... rasa-rasa dalam seminggu nak hilang!

Demam ini semuanya berpunca waktu sekolah tadi, cenggini:

Waktu rehat 

Najwa: Husna, nak makan apa ek? Menu hari ini laksa.
Husna: Tahulah ek.
Najwa: Makan jalah ek.( Main perang-perang ek)

Dalam kelas

Najwa: Kau apasal ek? Gedik lebih ek
Husna: Tak ada apa-apa ek, saja ek, nak kacau ek.

Inilah demam yang Najwa hadapi hari ini. Doakan Najwa cepat sembuh! Esok mesti demam ek berlarutan sampai beberapa minggu. Kan ek? Dah mula dah

#feelingboring

#taktahunakbuatapa

#banyakhomework

#satupuntaksiap lagi

#stress kalau macam ni

#kan ek?

#ek ek ek

Haha, kebuntuan! Banyak HW satu tak siap lagi, nak buat malam karanglah! Ek? Kan kan? Bahya sangat demam Najwa ni!!! Tolong, tolong sembuhkan, hihi!

Najwa tengah boringlah, boring macam kayu, tak tahu nak buat apa!!! Nak tengok PISA lah tetiba. Rindu sangat nak tengok PISA! Huhux!

Kan, ek? Okeylah ek, Najwa nak off ek? Bye bye ek? Huhu ek? Kehkeh ek?

-rasa tak betullah- 

-feeling happy-

Saturday, January 4, 2014

Gomo Kita Terjah!

Assalamualaikum,  Najwa saja berblog walking tadi, best tengok blog dorang yang cute-miut, comel lagi! Heysh, meh Najwa nak promote jom kita terjah blog dorang ni nak? Jomlah terjah!

Blog dorang ni ohsem-ohsem semua. Famous pulak tu! Lainlah Najwa ni kan, :'( 


Ini salah satu, yang promote sakan blog Najwa ni. Mahu perli ek? Apa-apa pun thanks akak sebab PROMOTEKAN blog Najwa ni.  :) Blog dia, asyehman... cute giler!  Dia siap bagitahu lagi, Najwa padam semua entry lama, buka buku baru lah kot. Memang pun. Semuanya rahsia terletak di tangan Najwa. Amboi, macam drama pulak, melebih! Gedik sikit hari nihkan! Happy lebih sangat kut!


Ceritera HAJAR

Peminat korealah ni! Najwa best betul baca satu ayat ni... dengar ek! 

BENCI ATAU CINTA? MANA YANG HARUS AKU PERCAYA. YANG AKU TAHU CUMA NAMPAK DIA DALAM HATI AKU. 

Dia kata nasib baik Najwa tak cerewet, meh sini nak cerita Najwa ni kan kalau orang suruh pilih sesuatu Najwa tak reti. Kalau baju raya pun, ummi tanya, Najwa angguk je. Semua barang pun, ummi yang pilihkan... kalau Najwa pilih alamatnya lingkuplah!!! Kak Hajar siap cakap follower Najwa ada 8 aje, dah bertambah 3 orang! Kembang-kempis hidung :)

Okey sambung balik, ya! 

Kedua pulak: 


Nih... tapi Najwa  tak letak gambar header blog dia. By the way, blog dia ohsemlah! Najwa dah follow. :) Terjahlah cepat-cepat. :) Jangan lambat-lambat. Siapa lambat tu memang rugilah ....

Okey-okey, jom kita terjah lagi...

Ketiga pulak:


Anugerah Terindah

Najwa suka blog Kak Mardiah!!! Comel, macam tuannya jugalah, kan? Tengok muka Kak Mardiah teringat dekat seseorang... siapa pun Najwa dah lupa. Tapi memang betullah sama, sejibik! *Sebijik :P Dia comel tau. Siapa yang suka dia, geng Najwalah ni! Apa-apa pun Najwa sedia menyokong Kak Mardiah!!! Go go go :)

Keempat pulak: 


✿ Blog Miss  Mimi ✿

Najwa suka warna tu! Blinkers! Siapa kat sini Blinkers tahulah, kan? Blue+Pink= Blink. Warna ceria, Najwa suka! Kak Mimi ni orang Sabah. Comelkan blog dia? Siapa dah visit tu, gatalkanlah tangan follow. Jangan lupa!

Empat orang sahajalah yang Najwa nak promote hari ni. Aips, jangan lupalah lawat blog tuan ni. Followlah kita jugak. Huhu, kalau rajin tu, tolong promotekan BLOG INI jugak. Kehkeh, dah melebih ni! Rasa boring sangat kan? Sekali-sekala promote blog orang best jugak. Tuan dia pun mesti bangga kan? :)

Satu lagi, satu lagi!!!

Tak ada ape-apelah. Hehe, saja buat suspens! Hehe, bye bye! :)