Friday, January 3, 2014

Blink Blink!

Assalamualaikum, wow! Blog Najwa dah berubah ke? First sekali Najwa nak ucapkan terima kasih kepada Kak Hajar sebab editkan blog Najwa, Najwa suka sangat! Blog akak lagi ohsemlah! Huhu, ramai follower pulak tu. Jealous Najwa!

Bila blog baru nih, baru rasa best sikit nak buat entry, kan? Angan-angan nak letak lagu dalam blog, erm tak apalah... biarkan je dulu. Tiada mood nak buat! Rasa penat sangatlah hari nih. Yalah dari pagi sampai ke petang Najwa ikut abah Najwa pergi sana-sini. So, memang penatlah, kan? Berbantal tidur! Nasib baiklah air liur basi tak meleleh, kan? :P Sebab tidur, sebab nak tahan sampai pukul 12.00 malam nak tengok Maharaja Lawak Mega. Siapa kat sini minat sepahtu, Shiro dan Wala, geng Najwa!

Bila dah ikut abah pergi mengajar tu, dapatlah 'gaji'. Gaji masuk bolehlah beli novel, kan? Najwa minta nak pergi Alor Setar esok nak cari novel Kak Ain yang terbaru. Semalam Najwa ada chat dengan Kak Maizatul ni. Dia ini sporting, sama macam Kak Hajar. Dia cakap Najwa ini masih suka baca buku, teruskan membaca. Dia cakap dia dah malas nak baca buku. Haha! Najwa, hobi membaca, jadi Najw akerja baca novellah! 

Najwa nak cerita satu benda, tapi janganlah anggap Najwa ni bangga diri pulak, kan? Cuma mahu tanya pendapat. Kemarin, waktu pagi cikgu ada tanya Najwa. Cenggini dialognya:

Cikgu: Kamu rasa siapa yang layak jadi ketua pengawas tahun ni?
Najwa: Tak tahu. Mungkin budak lelaki tu layak kot(tak nak bagitahu nama)
Cikgu: Kena tengok dululah. Kalau bagi kamu, nak?
Najwa:(tersentak) Tak tahulah...
Cikgu: Kalau nak cakaplah nak...(cikgu itu sporting orangnya.)
Najwa: Tak tahulah...

Nak terima ke tak nak?

Sebenarnya mahu tetapi malu. Haha, mestilah malu, kan? Najwa ada cerita dekat ummi Najwa, ummi cakap kalau dah dapat terima ajelah. Susah selalunya ketua pengawas perempuan, selaul lelaki, kan? Lebih layak.  Tapi kalau dapat, Najwa terimalah... peluang ada jangan disiakan! Huhu :3 Nampak macam terlebih nak aje. Wuek!

Hari Ahad ni najwa kena jadi pengacara majlis, merasmikan mikrofon! Haha, tetapi nervous dari semalam lagi. Memanglah takut. Depan orang ramai, kalau salah, malu besar! Tahun ini pulak, GB Najwa akan bersara bulan 6, aloh sedihnya. GB Najwa tu GB cemerlang. Memang terbaekkk. Najwa sayang sangat dekat GB Najwa, kalau boleh Najwa nak GB ada di sekolah Najwa sampai akhir tahun dan kami keluar dari SKTM tercinta. 

Masa Hari Anugerah Cemerlang, masa dia berucap, dia nangis. Dia cakap dia tak sempat nak tengok budak year 6 ambil result. Kami semua ingat GB tak sedia skrip nak cakap, rupa-rupa dia nangis. Air mata Najwa pun menitis sebelum nak buat persembahan. Ada hari sebelum last sekolah 2013, dia cakap dekat tahun 5 bakal naik tahun 6, periksa elok-elok. Dia tak nak kami hadiahkan apa-apa untuk dia, dia cuma nak kami hadiahkan dia 5A. Bunyi suara pun dah lain. :)

Siapa di sini Blinkers? Holla, ini hadiah daripada Kak Ain, Najwa dapat! Best betul. Terima kasih banyak-banyak Kak Ain, sayang Kak Ain!!!

Photo: Kak Ain AinMaisarah Novelis terima kasih sebab bagi novel comel dan kad comel untuk najwa. Sayang Kak Ain! :) :) :)

Najwa peminat fanatik Kak Ain Maisarah! Tapi hari tu masa ada perjumpaan ramah mesra bersama Ain Maisarah tu, najwa tak dapat nak pergi. Sedih sangat, Najwa kirimkan hadiah aje suruh kawan Najwa bagi. Kak Ain bagi Najwa novel comel dan kad bukti bertemu Ain maisarah walaupun tak berjumpa! Terima kasih Kak Ain, sayang Kak Ain! Muahahh!