Monday, May 5, 2014

Boring Day



Assalamualaikum, wah wah wah... akhirnya azamku telah tercapai pada bulan Mei bersamaan 4.5.2014 pada pukul 10.00 malam! Apa yang best sangat, tak ada apa pun just dah tak buka facebook je. Yang tu pun seronok. 

Umi dah pun membebel hihi sebab apa asyik main facebook je kerja sekolah hilang ke mana? Najwa selalu siapkan kerja sekolah dekat sekolah, malas mahu buat dekat rumah. Tapi bila buat dekat sekolah, umi cakap tak ada kerja sekolah... huishhh, kena buat dekat rumahlah selalu... haha, tapi kalau tak buka facebook sehari macam nak gila... hah? Adalah rahsianyaaa sebab rajin sangat buka fb. 

Hari ini memang hari yang membosankan. Tak tahu nak buat apa, tak kan balik rumah nak tengok tv memanjang? Jawabnya, studylah... study hard and study smart, betul apa yang Najwa tulis? Lantaklah... :3

Sekarang dah bulan 5, tinggal lagi 3 bulan sahaja untuk belajar, belajar, belajar. Buat latih tubi, semangat perlu ada. Siapa di sini UPSR Candidates 2014? Cuba komen sikit dekat sini. Hope korang dapat 5A, belajarlah sungguh-sungguh. -Guru Besar cakap macam ni

Najwa pun UPSR tahun ini, jom kita pegang kata-kata semangat ini:

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal


Doa semoga kita dapat 5A, Allah mempurmudahkan segala-galanya. Usaha bersungguh-sungguh biar membuahkan hasil. Ikhtiarlah untuk mencari jalan yang senang dan akhirnya berserahlah kepada Allah. -Professor berceloteh, hihi

Semoga yang UPSR tahun ini, buat yang terbaik... biar 5A dalam genggaman, amin...


Doakan Najwa juga mendapat 5A. Bye, mahu study!