Thursday, March 27, 2014

Happy Friday

Assalamualaikum, weh weh... lama tak update entry ni. Ceh, lamalah sangat. Huhu, malas tau nak buat entry. Penyakit demam malas. Huhu, merapu dah Najwa ni.

Sebenarnya Najwa happy sangat sebab apa yang Najwa tunggu dah dapat! Najwa sebenarnya menang pertandinagn di page penulis favourite Najwa. Hiyak! Bestnya! Bertahun-tahun Najwa join tak pernah dapat, ahri ini hari yang paling gembiralah!!!


Tengok Ni!!!

PEMENANG CABARAN HARI KHAMIS | 27 MAC

Wah, nampaknya ramai yang menyertai cabaran hari ini! Memang Blinkers suka cabaran cipta dialog ya? Hihi

Baik, Kak Ain mahu umumkan pemenang hari ini. Pemenang akan memenangi sebuah novel Hero VS KL Gengstar dan 3 novel comel.

Pihak juri telah memilih pemenang utama iaitu...

...Nurul Najwa binti Nasri, 12 tahun~!!

Tak percaya??? Huhu, jom tengok <KLIK SINI>

Bestnya, dapat novel, yezza! Sambil-sambil tengok tu  tengoklah ayat yang Najwa buat tu, lawak tak? Huhu...

Malas buka dan skrol jom tengok sini! <KLIK SINI>

Hihi, seronoknya. Syukur Ya Allah but Najwa tak tahu nak bank in kan duit! Huhu, anyone tolong Najwa...

Okeylah, bubbye... tak sabar nak ambil, minta tolong umilah! 

-Najwa-






Sunday, March 23, 2014

Handpon Oh Handset

Assalamualaikum... huhu kisah sedih ke kisah happy. Dua-dualah, kita gaulkan menjadi satu, ye ye ye?

Boring tau asyik...

On fb ---> Main game----> Tutup-----> 

Benda yang sama aje Najwa buat waktu cuti ni. Rindulah kat kekawan. Rindu sangat*rasa lari dari title. *lepaskan rindu

Okeylah, sebenarnya Najwa happy sangat coz abang Najwa belikan new phone untuk Najwa. Mau tak happy, phone Lenovo aje... asalnya abah cakap nak belikan bulan ni, Najwa tak nak sebab sayangkan phone Najwa yang lama... tu pun Najwa cakap kalau nak beli beli yang dalam RM 200 aje. Abang Najwa belikan untuk Najwa yang RM 400 lebih-lebihla... nak kata mahal tak jugakan? Biasa biasa je.

Tapi, Najwa bersyukur sangat sebab abang belikan! Thanks Bang Nip! Sayang Bang Nip! Huhu, tak sangka abang bawa balik phone untuk Najwa. Abang Nip, you're the bez! Bak kata pepatahku KAU MEMANG DEAABAKKK!

Huhu, tapi rindu phone lama sebab dah tolakkan. So, nanti abah tak payahlah belikan phone baru dekat Najwa. Huhu, nak main abang tak bagi sebab suruh cas dulu, tak sabo ni nak main... jadi kayu sikitlah, huhu sebab phone Najwa yang dulu even touch tapi rasa tetap lain, sayang nak sentuh.

Abang Najwa cakap, nak beli tinted or cover sendiri duit. Hihi, Najwa pun okey jelah. Kira dah bersyukur abang dah belikan, kan??? Phone Najwa yang lama tu dah rosak dah pun, itu yang abang belikan. 

Asal Najwa nak Samsung Corby, but abang cakap beli Lenovo nampak cun! Najwa ikut aje, asal boleh call, send sms sudah. Tak reti nak pilih phone sebenornya!

Okeylah... malas nak buat entry berjela-jela. Hihi. Bye bye... anyway, thanks again Abang Nip! Saaaaaaaaaaaaaayang Bang Nip! :)

Thursday, March 13, 2014

Syukur Ya Allah

Assalamualaikum, guud evening! Hari ni memang hari yang penuh rasa girang gembiranya(macam ayat bercerita pulak nie) Okey, tak apalah Najwa sambung ajelah. Najwa selalu merapu bila buat entry kan? Huhu :3

Hari ni Alhamdulillah menang nasyid pulak. Syukur padamu Ya Allah. Takut waktu beratur tepi tangga tu. Berdebar jantung, sampai tangan terketar-ketar pegang mikrofon. Najwa solo seorang(ketua) Alhamdulillah tahun ini dapat jadi ketua. Tak hairan pun sebab kalau menang-menang semua, kan? Jom kita tengok gambar-gambar team nasyid Najwa ni!

First, Najwa nak ucapkan dekat Cikgu Bad, cikgu muzik sebab ajarkan nasyid. Cikgu tak pernah berehat pun, selepas bola jaring selepas tu nasyid pulak. Finally, kita menang. Thanks, cikgu! Tak sia-sia cikgu berlatih kami semua.

Gambar ni masa Najwa dengan kawan-kawan baru nak make-up. Haha, Najwa yang duduk tengah-tengah tu. Ignore my face, okeyh? Btw, cantik tak baju kitaorang?(sempat lagi tanya) Oren semua!


Tak sempat ambil gambar waktu tengah nasyid. My photographer masuk kelas. Haha yang snap gambar kami semua, best friend Najwa. Akrima, thanks my little one! Muah! Haha(ayat jiwang)

Ini gambar kami sebeloom nak naik pentas. Perasan tak Najwa yang mana satu? Haha, cubalah teka!


Ini gambar kami masa dapat hadiah, masa last. Haha, Najwa sebelah Adilah yang kecil sebelah kanan. See? Tudung Najwa berlain, kan? Yang lain itulah saya! Kahkah? Najwa sapu lipstick, mascara, dan bagai lagi. RIMAS! Masa naik pentas muka biasa aje.



Ini masa dah nak balik. Saja buat kenangan dengan kawan-kawan year 6. Adilah and Izzzati.  Both of them cute, right? :) Background biasa aje, sebab dalam kelas.



Sampai sini saja kut, cerita menarik aka best ini! Haha, best tak? Kalau best kita bagi 1 bintang! Bye bye!

Saturday, March 8, 2014

Memburu Juara

ASSALAMUALAIKUM...

Happy, happy and happy. Alhamdulillah... thanks to Allah sebab sekolah kami menang hari ni dengan tak disangka! Najwa happy gila dengan kemenangan 13-12... satu mata aje lari, kalau seri.... memang takut!!!


Masa malam sebelum lawan, Najwa solat Isya' dan baca Yaasin. Semoga Allah beri pertolongan untuk kami menang esoknya. Najwa bangun dengan semangatnya, mandi, solat Subuh then ke futsal dan breakfast. Makan roti aje, takut berat perut makan nasi. First lawan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, kami tak harapkan kemenangan sebab Sk Bukit Jenun pergghhh! Hebat weyh! Alhamdulillah menang.

Sk Tanah Merah(sekolah Najwa)  9-4 (hoorey)

Second lawan dengan Sk Bukit Choras... diorang pun boleh tahan sebab Najwa dah biasa friendly dengan dorang semua. Dorang siap kasi warning lagi main! Fiuh, masa main dorang sengaja tarik Najwa, then kena denda. Wuekkkk, padan muka, lepastu belah-belah... siku orang. Lantaklah, tak reti main kut! Cikgu Najwa suruh cool down... sabar sabar sabar! Najwa ada sekali tak boleh tahan tapi blah macam tu, last menang tak nak salam, apalah.


Macam mana pun, menang 10-1(yeayh!)

Then lawan dengan Sk Pendang yang gugup sikit. :(

Mula-mula, kami nak masuk gelanggang, getar jangtung berdegup bagai nak gila. Mula-mula sekolah Najwa score 1 gol, then sekolah Sk Pendang, masuk 1 gol. Kami bersaing dan sekolah Najwa meninggalkan sekolah dorang 3 mata lari. Sk Pendang, hebat woo... tak ada orang menaang sebelum ni dengan mereka semua. Kami orang first! Bangga, tak?*kembang hidung

Masa kami dah tinggal dorang 3 mata, diorang main dengan emosilah, kan? Kalau Najwa pun marah... Center dia, nak nangis next sampai dekat D kumpulan Najwa, wisel bunyi. Time's up! Diorang nangis and jatuh semua. Najwa dengan kawan-kawan lompat gedik kat situ. Apa pun tahniah kat dorang sebab dapat nombor 2.

Najwa terpilih jadi atlet untuk lawan ke Langkawi hope terpilih. Doakan Najwa, ya. Good night!

Thursday, March 6, 2014

Bola Jaring(Suku Akhir)

Assalamualaikum, wah wah wah terasa lama pulak tak buat entry, umi dengan abah tak bagi bukak laptop, komputer... Sediwhnya!!! Dengan Najwa pun sibuk bola jaring dan nasyid tak sempat nak buka, pagi ni baru boleh buka... 

Alhamdulillah semalam Najwa menang!!! Yahoo, seronok bagai nak gila! Tahun lepas Najwa main WA tahun ini main Center. Memenatkan kerja tapi apa pun memang best... Kebanyakan sekolah cakap Najwa liar. * kembang hidung! Ceh! Haha best lah bila dah menang! Korang tertanya-tanya ek apa itu C? WA? Sebelum tu meh Najwa nak bagitahu pasal bit dulu. Bit ada macam-macam warna untuk membezakan pasukan kita dan pasukan musuh.


=oren
=merah
=biru
=pink*pun ada
=kuning
and macam-macam lagi





Semalam Najwa pakai bit warna merah,dah nama SK Tanah Merah! Huhu, ada tiga game

Sk Tanah Merah lwn Sk  Guar Kepayang  8-3 *Menang
Sk Tanah Merah lwn Sk Pulai 10-1 *Menang
Sk Tanah Merah lwn Sk Model Khas Bukit Jenun * 7-1

Suara Najwa dah takda huhu macam manalah nak buat persembahan nasyid ni. Minta-mintalah ada sebelum hari Isnin ni, hukhuk! Sedihnya, okeylah, malas nak buat panjang-panjang entry, nak rehat  untuk esok. Bye bye!

Doa Najwa menang bola jaring!