Saturday, January 18, 2014

Page Najwa

Assalamualaikum, hai hai! Hari ni Najwa tak sekolah, cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke 86. :) 

Najwa nak promote ni. Jom like page Najwa. :) Najwa akan paparkan  segala di page Najwa yang berada di blog ini. Kalau sudi silalah like page Najwa, semoga yang like page Najwa diberkati oleh Allah selalu. Amin... :)

Ini link page Najwa :)


Thanks to Kak Hajar yang setia menyokong Najwa. Selalunya header blog ini Kak Hajar yang buat. Dia pro bab blog ini. Blog dia chumel! Tengok tuannyalah, kan? 

Najwa baru buat semalam jerk. Dengan bantuan Kak Hajar, Najwa ni tak tahu nak creat page... hihi nasib baik Kak Hajar tolong. Jadi juga akhirnya! 

Ya, jom jom like page Najwa. :) Bye bye!

Ujian Darimu Ya Allah

Assalamualaikum. Huh, sebenarnya Najwa ada buat entry tajuk ni, tapi terdelete, tak pe tak pe... Najwa sangggup nak taip berjela-jela! Sampai huruf G dah 3 kali taip!

Najwa dan kawan-kawan Najwa sebenarnya difitnah ni. Sedih sangat, bukan difitnah oleh kawan, oleh CIKGU! Kadang-kadang Najwa terpikir cikgu kenapa hati cikgu macam ni? Sebab dengki dekat Najwa buat fitnah macam-macam. Adakah itu seorang guru yang dulu Najwa sanjung, sayang. Berubah sekejap ja. Najwa sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Terjadi minggu lepas, sebenarnya. Ada seorang budak ini, pertama dia kuat MEMBOHONG, SUKA SANGAT BUAT DRAMA LEBIH, DAN SUKA MERENDAH-RENDAHKAN KELUARGA ORANG. Sesetengah cikgu pun tahu perangai dia. Najwa bukan tak nak kawan dengan dia, sudah banyak kali hati Najwa ni pedih sangat, dia pernah kutuk umi Najwa, abah Najwa. Depan orang ramai pula tu. Najwa buat keputusan buat tak tahu je.

Sampai satu hari tu, dia cari fasal. Kutuk mak kawan najwa tu dan umi Najwa. Najwa pun tegurlah, kan? Dia tengking Najwa. Najwa sabar je. Cikgu Najwa dengar. Cikgu pun tanyalah kami, kami jawablah. Dulu cikgu Najwa tu okey sikit, sekarang dia lebih membela budak tu. Najwa rasa mak budak tu jumpa dengan cikgu Najwa. Sebab itulah, budak tu seronok sangat. Dia berlakon depan pandai, balik kelas jeling kamilah. Kutuk-kutuk kami. Cikgu Najwa tu, tahu apa?  Tahu letak nama kami semua, kamilah jahat. Kamilah itu ini. Cikgu cubalah di tempat kami. Apa yang cikgu rasa? Kami sudahlah tak nak tambah masalah, cikgu buat macam tu pula. Kami yang sebenarnya betul, cikgu cakap salah. Cikgu cakap, dia seorang... kami ramai. Kami yang salah. Dia yang salah, orang semua cakap dia betul. Dia mesti seronok orang bela dia!

Najwa cuma nak bagitahu, orang yang seorang inilah yang sebenarnya memancing simpati lebih. Najwa tak tahu tempat mana nak mengadu, hanya pada Allah dan umi Najwa aje. Masa Najwa bagitahu umi Najwa, Najwa tak boleh tahan perasaan, Najwa nangis masa bagitahu umi. Umi "cakap, biarlah. Allah nak uji adik."

Najwa cerita kepada Kak Hajar, Kak Hajar cakap semua ujian itu daripada Allah.  Suatu hari nanti kebenaran akan terungkap, saat tu baru mereka tahu siapa betul dan siapa salah. Allah mahu menguji Najwalah tu. Sabar ya.


Najwa biarkan sahajalah. Biarlah orang nak cakap apa pun. BIARLAH NAJWA DAN KAWAN-KAWAN NAJWA HINA DI MATA MANUSIA, TETAPI BUKAN DI MATA ALLAH. Ya Allah kau tabahkan hati hambamu. Hanya padamu tempat aku mengadu. Amin...

-Doakan Najwa supaya tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan- :)