Monday, January 6, 2014

Sekolah Sri Bangsar

Assalamualaikum, holla, selamat petang! Najwa ada satu cerita nak share dengan korang semua hari ni. Semoga terhiburlah apabila membaca, kan? Hihi, muka dah happy terlebih sekarang. 

Siapa Blinkers? Blinkers mesti tahukan? Kan kan? Ek? Ini pun Najwa seacrh tentang Sekolah Sri Bangsar! Whoa, dapat juga apayang Najwa inginkan. Apa yang Najwa mahu, Najwa akan cari sampai dapat. Prinsip Najwa, ceh!  Okey, kita sambung ya... 

Kita sekarang dah ada facebook, twitter dan macam-macam lagilah kan sampai Najwa pun tak tahu nak cakap, berbuih mulut. Facebook antaranya yang paling popular, kan?  Umi Najwa pun pro bab facebook ini, mengalahkan Najwa pula. :( Blinkers tahu kan Sekolah Sri Bangsar. Mestilah tahu kan...  ada satu laman sosial yang dinamakan Sekolah Sri bangsar.  Dulu Buletin Sri Bangsar. Whoa, mesti kagum memabaca cerita ini, ya? Haha...

Sekolah Sri Bangsar ini sebenarnya adalah ciptaan Kak Ain Maisarah, siapa yang kenal. Angkat tangan tinggi-tinggi. Biar setinggi Gunung Everest! Setinggi Gunung Himalaya! Sekolah ini hanyala sebuah sekolah maya. Pembaca boleh berinteraksi sesama sendiri di sini. Semua gambar dan cerita hanyalah ciptaan bukan realiti sebenar. Kesemua watak pelajar dan cikgu terdapat di dalam semua novel Kak Ain Maisarah. Contohnya, gambar Sekolah Sri Bangsar :) 



Inilah... :) Kisah penubuhan Sekolah Sri Bangsar (khayalan penulis)

Sekolah Sri Bangsar telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Dato' Seri Ainon Maisarah. Pada waktu itu, Dato' Ainon Maisarah adalah ahli parlimen kawasan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar bermula sebagai Sekolah  Menengah Sri Bangsar(sebuah sekolah kerajaan)

Selepas 26 tahun, Sekolah  Menengah Sri Bangsar bertukar status kepada sekolah swasta. Dan namanya menjadi Sekolah Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar dibeli oleh seorang tokoh usahawan yang terkemuka di Malaysia iaitu Tan Sri Hisham. :)

Pihak pengurusan Kak Ain Maisarah menerima emel daraipada ibu bapa yang mencari Sekolah Sri Bangsar.  Untuk  mengelakkan kekeliruan, pihak Kak Ain Maisarah menyatakan bahawa Sekolah Sri Bangsar adalah ciptaan Kak Ain Maisarah.

Istimewanya, siapa yang mendaftar dalam laman Sekolah Sri Bangsar dan boleh sertai forum bicara di sana. Setiap pelajar akan diberi status tingkatan satu di Sekolah Sri Bangsar walaupun umur berapa pelajar itu.  Paling menarik, semakin banyak interaksi online yang dilakukan, status itu akan dinaik taraf kepada tingaktan dua hingga tingkatan lima. 

Bolehlah melawat: 


Najwa pun mendapat maklumat serba sedikit mengenai Sekolah Sri Bangsar ni. Semoga Kak Ain terus maju ke hadapan! Go go go! Good luck! :) Najwa doakan kejayaan Kak Ain selalu. 


Majulah Kak Ain untuk Sri Bangsar! Yeay yeah! 

2 comments:

Unknown said...

Wow..wow..
Baru tahu..

Iola said...

Apa maksud terms BMT, WN..?