Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year

Assalamualaikum semua, whoa... sudah lama rasanya Najwa tak buat entry! Huhu, sedihnya. Najwa delete semua post Najwa yang lama-lama, buat yang baru... so, hope suka dengan entry pertama tahun ini. Alhamdulillah tahun ini Najwa sudah berumur 12 tahun dan I'm ready for UPSR! 

Apa-apa pun Najwa nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua. Semoga tahun ini lebih bermakna daripada tahun lepas. InshaAllah... korang semua doakan Najwa supaya mendapat 5A tau dalam UPSR!

Hari ini hari pertama Najwa mula bersekolah dan menjadi murid paling tua sekali di sekolah rendah. Al-maklumlah dulukami di buli waktu year 5, sekarang kamilah senior! Wakaka, hihi... Alhamdulillah tahun ini, Najwa dapat cikgu favourite. yeah! Memang seronok paling seronok bila dapat Teacher Adila yang comel, cute, cantik, gorgeous! Semuanyalah... itu guru favourite Wawa tu! Teacher Adila jadi guru kelas Najwa. Meow, meow! Seronok, sudahlah Teacher Adila comel, kreatif pula! Memang beruntunglah kalau dapat!

Azam Najwa pada tahun 2014! Jom tengok:

1- Tak nak tinggal solat
2-  Belajar bersungguh-sungguh
3- Tak nak tingal puasa
4- Serius ketika belajar(kadang-kadang tu, termain-main..)
5. Patuh cakap ummi dan abah & cikgu-cikgu

Inilah 5 azam Najwa. InshaAllah, Najwa boleh laksanakan. Amin... 5 Azam, 5 A! 

Yalah, year 6 ni rasa gementar, gemuruh, takut semuanya ercampur menjadi satu. Najwa pun samalah kan... tahun ini exam yang paling penting buat Najwa, memang penting. Najwa tak nak kecewakan umi dan abah Najwa, kan? Kadang-kadang rasa bersalah pula Najwa ni. :( 

Hai, follower blog Najwa 7 orang je, kasi sharelah sama Najwa macam mana nak bagi follower ramai, Najwa pun nak ramai follower. Tengok blog kawan-kawan ramai betul follower diorang, bestnya... sudahlah blog dia ohsem!

Okeylah rasanya celoteh sampai sini sahaja, semoga terhibur dan Happy New Year, guys!

3 comments:

Unknown said...

Bagus azam Najwa. ^^

Anonymous said...

azam yang sangat positif,keep on it girl :) feel free to drop by my blog A Gentleman To Be

Mardiah Diana said...

Salam singgah kat sini dik...semoga segala yang adik azamkan tercapai...