Thursday, June 5, 2014

Happy Holidays

Assalamualaikum, wah wah... rasa cuti ni lama kut tak tulis entry, kan? Ada sekali, tapi pendek je kut!  Malaslah, al-maklumlah... cuti, kan? Tapi Najwa tak cuti pun sebenarnya. Ada tuisyen, nak kata boring tu tak delah juga. Sebab buat benda yang berfaedah di cuti, nikan? Tahun 6, dikerah belajarlah jawabnya. Cuti kali ini, tak happylah... tak tahu lagi nak pergi jalan mana. Wuuu, memboringkan.

Semalam my dad dengan my mum bawa Najwa jalan-jalan. Asalnya nak pergi Festival yang tunjuk pedang Rasulullah dekat Stadium Sultan Abdul Halim. Lepas tu pergi punya pergi, tak ada apa pun. Orang pun ada sikit, diorang baru nak kemas-kemas, lepas tu pusing pergi Muzium Negeri Kedah. 

Dekat dalam muzium tu ada sejarah-sejarah sajalah. Tak ada apa pun, yang banyak Najwa menyelfie lebih. Haha, gedik sikit.... sajalah lama tak berselfie kan? 

Try tengok gambar Najwa, balik-balik tak ada dalam 5 minit, upload gambar dekat facebook! Wuuu, poyo betul Najwa ini. Sekejap, najwa copy photo.



Yang budak bawah tu abaikan. That's me. Hihi, masa boring-boring Najwa selfie dekat tangga. Tengko kiri kanan, orang tak ada.... krik kriklah!Hihi... ini tak edit pun, kutlah wah muka tu dieditkah? Nonono! Tak diedit pun....

Okeylah, nak sambung tidur bye bye.-Ngantuk

Thursday, May 29, 2014

Outing With My Friend

Assalamualaikum, holla! Wah wah, lamanyer den tak menulis-nulis dekat sini... terasa best pulak! * Gediknya Najwa 

Hai, hari ni rasa boring... sebab tulah tiba-tiba keluar dengan minah ni... selpie with her, dia comelkan dia? Ouh, one more, ignore my face... tengok kawan Najwa dahlah, dia comel... banyak peminat!


Haha, dekat sawah padi pun jadi menggila, bila nampak permandangan dia cantik, cepat-cepat je snap snap snap!!! Haha, tak boleh nak cakap lelama, nak keluar main, bye!

Tuesday, May 20, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum, siapa orang Kedah sini? Mesti tahukan,sekolah seluruh negeri Kedah tak bersekolah hari ini... semua diwajibkan cuti. Masa Najwa pergi sekolah sekolah SMK dekat dengan sekolah Najwa penuh orang, rupanya cuti... baca di bawah.

KENYATAAN MEDIA
Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman
Bismillah Hirrahmanirrohim
Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.
Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.
Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.
Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.
Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.
Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.
DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Tarikh : 21 Mei 2014

Samalah-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah... Amin...

Sunday, May 18, 2014

Hari Guru

Assalamualaikum, hollawei... fuhlamak lamanya tak menaip entry! Terasa best dapat tulis entry nih... By the way hari ni sekolah Najwa buat sambutan hari guru, tak semeriah dululah, but the best! Paling best acara mewarna untuk guru. Hahah, Najwa pun join sekali kena tolong cikgu...

Semalam, najwa siapkan hadiah sebanyak 21. Punyalah penat, paling special hadiah untuk guru besar Najwa. Kawan-kawan Najwa dua orang ni pun menyibuk. Akrima dan Intan ni, kacau daun betullah! Macam nak aje dipukul-pukul dengan kayu jati!!! Tapi kesiannn. Sibuk kacau! :P Intan ni pulak suka mengacau sudahlah pakwe dia jiran Najwa, huaha!!! Dia nak kahwin cepatlah tu, tu yang dedik sangat!

Akrima ni suka cari gaduh, apa-apa pun diorang ni memang the disturbers friends. Diorang ni pun sibuk nak suruh Najwa buatkan kad hari guru, dan inilah hasilnyaaaaaa.


Cantik tak, macam comel je, macam cantik je.... haha, tengoklah siapa yang buatkan, okeylah nak kena study esok exam, bye! Doakan Najwa dapat 5A tau tau tau!

Wednesday, May 7, 2014

Gila Novel

Assalamualaikum, huk aloh lamanya tak menaip-naip di sini, ya. Hihi, al maklumlah sibuk dengan peperiksaan. Mana nak sempatnya nak taip, tapi sekali sekala ada rasa rindu jugak nak menaip ni. Tapi tahun ni stop kejap, nak berjuang habis-habisan tahun ni.

Berkenaan title kat atas, gila novel okey. Ada faham? Dekat sini, siapa yang suka baca novel, sila baling laptop/komputer, handphone apa yang berdekatan dengan anda sekarang(kalau anda begitu pandai) Huhu. Najwa memang gila novel, al maklumlah, budak buku ulat. *kembang hidung

Hihi, Najwa shopping novel baru. Pesta buku dekat KL dah habis, Pesta Buku Habibi dekat rumah ada! Yezza, dapat pergi shopping 2 buah buku, kalau tak nak beli banyak lagi, tapi banyaknya buku latihan UPSR BI, BM, SN, MM. Dapat beli dua je.

Macam cantik je macam comel je, macam best je~ macam biasa novel Ain  Maisarah wajib dibeli, tak beli tak sah! Muehehe, sudah diedit olehku! Hihi, cantik tak? Kuh kuh *siapa cakap cantik, angkat kaki, ye! 

Jom ramai-ramai jealous! ~gediknya den. Dah lama cari novel Aku Ekspresso dan Latte tu, finally jumpa jugak. Yeahhhooo! Malas nak taip dah, okey. Nak study, dah kena membebel ni, okey bye!