Saturday, March 8, 2014

Memburu Juara

ASSALAMUALAIKUM...

Happy, happy and happy. Alhamdulillah... thanks to Allah sebab sekolah kami menang hari ni dengan tak disangka! Najwa happy gila dengan kemenangan 13-12... satu mata aje lari, kalau seri.... memang takut!!!


Masa malam sebelum lawan, Najwa solat Isya' dan baca Yaasin. Semoga Allah beri pertolongan untuk kami menang esoknya. Najwa bangun dengan semangatnya, mandi, solat Subuh then ke futsal dan breakfast. Makan roti aje, takut berat perut makan nasi. First lawan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, kami tak harapkan kemenangan sebab Sk Bukit Jenun pergghhh! Hebat weyh! Alhamdulillah menang.

Sk Tanah Merah(sekolah Najwa)  9-4 (hoorey)

Second lawan dengan Sk Bukit Choras... diorang pun boleh tahan sebab Najwa dah biasa friendly dengan dorang semua. Dorang siap kasi warning lagi main! Fiuh, masa main dorang sengaja tarik Najwa, then kena denda. Wuekkkk, padan muka, lepastu belah-belah... siku orang. Lantaklah, tak reti main kut! Cikgu Najwa suruh cool down... sabar sabar sabar! Najwa ada sekali tak boleh tahan tapi blah macam tu, last menang tak nak salam, apalah.


Macam mana pun, menang 10-1(yeayh!)

Then lawan dengan Sk Pendang yang gugup sikit. :(

Mula-mula, kami nak masuk gelanggang, getar jangtung berdegup bagai nak gila. Mula-mula sekolah Najwa score 1 gol, then sekolah Sk Pendang, masuk 1 gol. Kami bersaing dan sekolah Najwa meninggalkan sekolah dorang 3 mata lari. Sk Pendang, hebat woo... tak ada orang menaang sebelum ni dengan mereka semua. Kami orang first! Bangga, tak?*kembang hidung

Masa kami dah tinggal dorang 3 mata, diorang main dengan emosilah, kan? Kalau Najwa pun marah... Center dia, nak nangis next sampai dekat D kumpulan Najwa, wisel bunyi. Time's up! Diorang nangis and jatuh semua. Najwa dengan kawan-kawan lompat gedik kat situ. Apa pun tahniah kat dorang sebab dapat nombor 2.

Najwa terpilih jadi atlet untuk lawan ke Langkawi hope terpilih. Doakan Najwa, ya. Good night!

Thursday, March 6, 2014

Bola Jaring(Suku Akhir)

Assalamualaikum, wah wah wah terasa lama pulak tak buat entry, umi dengan abah tak bagi bukak laptop, komputer... Sediwhnya!!! Dengan Najwa pun sibuk bola jaring dan nasyid tak sempat nak buka, pagi ni baru boleh buka... 

Alhamdulillah semalam Najwa menang!!! Yahoo, seronok bagai nak gila! Tahun lepas Najwa main WA tahun ini main Center. Memenatkan kerja tapi apa pun memang best... Kebanyakan sekolah cakap Najwa liar. * kembang hidung! Ceh! Haha best lah bila dah menang! Korang tertanya-tanya ek apa itu C? WA? Sebelum tu meh Najwa nak bagitahu pasal bit dulu. Bit ada macam-macam warna untuk membezakan pasukan kita dan pasukan musuh.


=oren
=merah
=biru
=pink*pun ada
=kuning
and macam-macam lagi





Semalam Najwa pakai bit warna merah,dah nama SK Tanah Merah! Huhu, ada tiga game

Sk Tanah Merah lwn Sk  Guar Kepayang  8-3 *Menang
Sk Tanah Merah lwn Sk Pulai 10-1 *Menang
Sk Tanah Merah lwn Sk Model Khas Bukit Jenun * 7-1

Suara Najwa dah takda huhu macam manalah nak buat persembahan nasyid ni. Minta-mintalah ada sebelum hari Isnin ni, hukhuk! Sedihnya, okeylah, malas nak buat panjang-panjang entry, nak rehat  untuk esok. Bye bye!

Doa Najwa menang bola jaring!

Saturday, February 22, 2014

Projek Kemas Bilik

Assalamualaikum, selamat petang. Tetiba rasa lapar pizza hut. Selera tinggi nampak! Slurp.... kecur air liur den, meleleh dowh!

Hari ini mengumumkan hari 'Rajin Sedunia' sebab Najwa memang rajin hari ini. Rajinlah sangat kan? Sebab kemas bilik sampai satu habuk pun tak ada.*erk biar betul? Sanggup tarik rak almari dan kenas buku balik. Sudahlah novel Najwa banyak, kena susun balik, Najwa setiap minggu  buat pemeriksaan buku-buku Najwa takut hilang, rosak atau terkepek. Kalau rajin lebih Najwa balut novel-novel Najwa.

Kucing Najwa pun satu, orang sibuk buat kerja, dia sibuk kacau. Terpijak ekor lari keluar terkedek-kedek. Tahu pun Comey! Tak sengaja, okey???

Yezza! Bilik Najwa tak adalah besar, just kecik, simple. Sebab Najwa tak nak bilik besar sangat. Takut menjadi semak lagi. Huhu :3

Huhu, yez disebabkan rrajin sangat dapat makan pizza hut. Yeay, bye mahu makan dan selamat hari Rajin Sedunia!

Tuesday, February 18, 2014

Bola Jaring

Assalamualaikum! Huhau...

Seharian Najwa penat main bola jaring, persahabatan aje. Huhu walaupun kalah lari 1 dan 2 mata je, cikgu cakap kena usaha lebih lagi. Adat perlawanan, kan? Ada kekecohan, pengadil berat sebelah, macam-macamlah. So? Apa-apa jelah

Najwa kalau main mesti suara tu kuat gilerlah. Tetiba ada center tu tarik tangan Najwa masa nak tarik bola, 'termencarut' lah sedikit sebab sakit.Apa punya orang, tak reti main ke? Apa position korang kalau main bola jaring? Najwa Center. Memenatkan!

Persaingan memang sengitlah, tapi kita tak payahlah nak gaduh-gaduh... terimalah keputusan, MUKTAMAD! DIULANGI, MUKTAMAD. DIULANGI KALI KEDUA M.U.K.T.A.M.A.D!

Huhu, Najwa tak betul sikit ni. Huhu :3 Tapi memang best dapat kanna baru. Ada seorang ini dia pasukan lain, nama Zahida. Dia cute, tinggi Najwa. Suara dia alolo, comel gile, dia jadi Center. Ada sekali tu dia tersilap tertolak Najwa, dia minta maaf.Dia cekap giler! Harap sekolah lagi satu, jeling-menjeling macam itik juling. Kuhkuh, *tak baik Najwa ni

Nanti hope jumpa lagi Zahida nak minta nombor fon sebab dia tak sombong baik. Tadi masa undi syiling tu nervouse jugak! Bersalam-salaman. Satu kelebihan GS dan GA sekolah najwa, diorang boleh shoot tak kira jauh mana(dalam D) Jauh boleh, mesti masuk! Sampai sekolah lain pun puji diorang! Fuh, *kembang hidung

Hurm, tak ada apa dah kut nak taip berjela-jela! Letih sangat, bye nak masuk tido, nak solat dan tarik selimut. Bubbbye! Have a good dream! Mimpi tu masukkan Najwa sekali, jangan lupa!

Wednesday, February 5, 2014

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum, happy day today. Wow, hari ni birthday Najwa, mau tak happy! Happy gila kut! Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur lagi, genaplah umur Najwa 12 tahun. Kawan-kawan Najwa buat suprise apa pun entah, diorang cakap esok esok esok, ayat tulah berpuluh kali ulang. Okeyh, I will wait!

Masa balik sekolah, umi ajak pergi kedai beli kek, apa punya tak supriselah, kan? Najwa kena pilih... Ceh! Hari Lahir yang tahun ini gempak!!! Nilah kek yang Najwa pilih, betul-betul suprise dowh!!! Btw, cantik tak? Warna biru lagi, ada bunga-bunga pink, Najwa ni bukan penggemar kek, umi dengan abah yang makanlah kan, ada lagi dalam peti sejuk, separuh lagi! 


Nampak poyo lah ambil gambar kek ni? Haha, blogku ceritaku! Hihi, jangan marah! Mesti ada hadiah untuk najwa, tahun ni memang best, dapat perfume, novel... cincin from my best friend, Husna! Thanks thanks, happy!


Ni time Najwa nak potong kek, action lebih! Hihi, Najwa sebenarnya nak pergi Merentas Desa waktu ini, itu yang pakai baju sukan. Huhu, tak sempat nak action lama-lama, pastu umi beli KFC, Najwa pilih burger mahal, dah umi cakap nak pilih, pilih je. So? Apa tunggu lagi, rembatlah!


Haaa, ini yang Najwa paling suka ni. Haha, umi yang beli, thanks umi. Love you so much. Muah! Walaupun abah tak belikan hadiah, abah selalu bagi nasihat dan dorongan untuk Najwa, thanks abah, love you till the end, umi too. 


Ini hadiah yang Najwa dpaat, kawan-kawan Najwa cakap, esok nantikan kemunculan hadiah. Hihi, apalah agaknya diorang ni??? Suprise apakah? Yang perfume Escada tu abang yang bagi. Najwa memang gedik nak sangat, tu yang dia belikan.

Ini ucapan yang sangat menyentuh hati Najwa, owh... jiwangnya! Heheh!



:) Yeayh!!! 


Nilah Husna bagi untuk Najwa, walaupun tak muat Najwa simpan sebagai kenangan! ;) Cantik tak? Ceh, poyo!!! Thanks Una!



KAMPUNG GIRL! Itu yang umi belikan, yeya! Best best best! Dah abis baca, okeylah okeylah, nak buat omework, tak siap lagi, bye bye... and last, happy birthday to me! Bye bye!