Wednesday, February 5, 2014

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum, happy day today. Wow, hari ni birthday Najwa, mau tak happy! Happy gila kut! Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur lagi, genaplah umur Najwa 12 tahun. Kawan-kawan Najwa buat suprise apa pun entah, diorang cakap esok esok esok, ayat tulah berpuluh kali ulang. Okeyh, I will wait!

Masa balik sekolah, umi ajak pergi kedai beli kek, apa punya tak supriselah, kan? Najwa kena pilih... Ceh! Hari Lahir yang tahun ini gempak!!! Nilah kek yang Najwa pilih, betul-betul suprise dowh!!! Btw, cantik tak? Warna biru lagi, ada bunga-bunga pink, Najwa ni bukan penggemar kek, umi dengan abah yang makanlah kan, ada lagi dalam peti sejuk, separuh lagi! 


Nampak poyo lah ambil gambar kek ni? Haha, blogku ceritaku! Hihi, jangan marah! Mesti ada hadiah untuk najwa, tahun ni memang best, dapat perfume, novel... cincin from my best friend, Husna! Thanks thanks, happy!


Ni time Najwa nak potong kek, action lebih! Hihi, Najwa sebenarnya nak pergi Merentas Desa waktu ini, itu yang pakai baju sukan. Huhu, tak sempat nak action lama-lama, pastu umi beli KFC, Najwa pilih burger mahal, dah umi cakap nak pilih, pilih je. So? Apa tunggu lagi, rembatlah!


Haaa, ini yang Najwa paling suka ni. Haha, umi yang beli, thanks umi. Love you so much. Muah! Walaupun abah tak belikan hadiah, abah selalu bagi nasihat dan dorongan untuk Najwa, thanks abah, love you till the end, umi too. 


Ini hadiah yang Najwa dpaat, kawan-kawan Najwa cakap, esok nantikan kemunculan hadiah. Hihi, apalah agaknya diorang ni??? Suprise apakah? Yang perfume Escada tu abang yang bagi. Najwa memang gedik nak sangat, tu yang dia belikan.

Ini ucapan yang sangat menyentuh hati Najwa, owh... jiwangnya! Heheh!



:) Yeayh!!! 


Nilah Husna bagi untuk Najwa, walaupun tak muat Najwa simpan sebagai kenangan! ;) Cantik tak? Ceh, poyo!!! Thanks Una!



KAMPUNG GIRL! Itu yang umi belikan, yeya! Best best best! Dah abis baca, okeylah okeylah, nak buat omework, tak siap lagi, bye bye... and last, happy birthday to me! Bye bye!


Friday, January 24, 2014

Pantai Merdeka

Assalamualaikum, hai hari tu cakap berkenaan entry lastkan? Tak lagilah... huhu sebab boring, sesaje nak bua entry baru dekat blog Najwa. Sebab rindu sangat, nak sentuh keyboard! 

Nak tanya siapa yang pernah pergi Pantai Merdeka? Pantai Merdeka dekat mana? Tak tahu? Meh sini Najwa kasi tahu.

Pantai Merdeka dekat negeri Kedah. Najwa pergi ada kem pengawas. Memang ohsem. Best best best!

Ni gambo-gambo Najwa waktu dekat Pantai Merdeka. Jom tengok!


Ni masa chill dekat tepi Pantai tapi tak sentuh air pun, cikgu tak bagi.

Jom tengok lagi


Anak cikgu Najwa tu. Sesaja kami main-main dengan dia. Dia comel. Pandai cakap. Pot pet pot pet. Geram betul Najwa.

Ada lagi, tapi lambat nak upload, malas! Tak apalah nanti kalau Najwa rajin Najwa upload. Kenangan terindah! Woohoo!


Tak sabar tunggu 5.2.2014 birthday Najwa, InshaAllah kalau Najwa rajin tak ada apa-apa sukan ke, Najwa upload. Katanya nak buatlah sikit kenduri. Jemputlah datang, ye. Kalau rajin ;)

Bye bye!!!




Monday, January 20, 2014

Entry Last

Assalamualaikum, semua!

Hai, tengah buat apa tu? Hihi, btw hari ni hari last Najwa online, buat entry... sampai masanya Najwa nak deactivekan facebook Najwa. Entry pun, last hari ni. 

InshaAllah, lepas UPSR nanti Najwa, bukan fb, buat entry lagi. InshaAllah... umi Najwa tak ada, Najwabuka fb dan buat entry pun curi-curi jer. Hihi, Najwa tak dapat nak on facebook lama-lama macam selalu. Najwa kena fokuskan kepada pelajaran pula. :) 

Najwa tak dapat nak taip panjang-panjanglah. Hope, korang happy-happy selalu. :) Jaga diri, jaga kesihatan.

Doakan kejayaan Najwa, Najwa juga mendoakan kejayaan korang.Doakan Najwa dapat 5A dalam UPSR, ya :) Bye bye!, got to go, Assalamualaikum. Love you all! Take care.


-Najwa-

Bye bye

Saturday, January 18, 2014

Page Najwa

Assalamualaikum, hai hai! Hari ni Najwa tak sekolah, cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke 86. :) 

Najwa nak promote ni. Jom like page Najwa. :) Najwa akan paparkan  segala di page Najwa yang berada di blog ini. Kalau sudi silalah like page Najwa, semoga yang like page Najwa diberkati oleh Allah selalu. Amin... :)

Ini link page Najwa :)


Thanks to Kak Hajar yang setia menyokong Najwa. Selalunya header blog ini Kak Hajar yang buat. Dia pro bab blog ini. Blog dia chumel! Tengok tuannyalah, kan? 

Najwa baru buat semalam jerk. Dengan bantuan Kak Hajar, Najwa ni tak tahu nak creat page... hihi nasib baik Kak Hajar tolong. Jadi juga akhirnya! 

Ya, jom jom like page Najwa. :) Bye bye!

Ujian Darimu Ya Allah

Assalamualaikum. Huh, sebenarnya Najwa ada buat entry tajuk ni, tapi terdelete, tak pe tak pe... Najwa sangggup nak taip berjela-jela! Sampai huruf G dah 3 kali taip!

Najwa dan kawan-kawan Najwa sebenarnya difitnah ni. Sedih sangat, bukan difitnah oleh kawan, oleh CIKGU! Kadang-kadang Najwa terpikir cikgu kenapa hati cikgu macam ni? Sebab dengki dekat Najwa buat fitnah macam-macam. Adakah itu seorang guru yang dulu Najwa sanjung, sayang. Berubah sekejap ja. Najwa sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Terjadi minggu lepas, sebenarnya. Ada seorang budak ini, pertama dia kuat MEMBOHONG, SUKA SANGAT BUAT DRAMA LEBIH, DAN SUKA MERENDAH-RENDAHKAN KELUARGA ORANG. Sesetengah cikgu pun tahu perangai dia. Najwa bukan tak nak kawan dengan dia, sudah banyak kali hati Najwa ni pedih sangat, dia pernah kutuk umi Najwa, abah Najwa. Depan orang ramai pula tu. Najwa buat keputusan buat tak tahu je.

Sampai satu hari tu, dia cari fasal. Kutuk mak kawan najwa tu dan umi Najwa. Najwa pun tegurlah, kan? Dia tengking Najwa. Najwa sabar je. Cikgu Najwa dengar. Cikgu pun tanyalah kami, kami jawablah. Dulu cikgu Najwa tu okey sikit, sekarang dia lebih membela budak tu. Najwa rasa mak budak tu jumpa dengan cikgu Najwa. Sebab itulah, budak tu seronok sangat. Dia berlakon depan pandai, balik kelas jeling kamilah. Kutuk-kutuk kami. Cikgu Najwa tu, tahu apa?  Tahu letak nama kami semua, kamilah jahat. Kamilah itu ini. Cikgu cubalah di tempat kami. Apa yang cikgu rasa? Kami sudahlah tak nak tambah masalah, cikgu buat macam tu pula. Kami yang sebenarnya betul, cikgu cakap salah. Cikgu cakap, dia seorang... kami ramai. Kami yang salah. Dia yang salah, orang semua cakap dia betul. Dia mesti seronok orang bela dia!

Najwa cuma nak bagitahu, orang yang seorang inilah yang sebenarnya memancing simpati lebih. Najwa tak tahu tempat mana nak mengadu, hanya pada Allah dan umi Najwa aje. Masa Najwa bagitahu umi Najwa, Najwa tak boleh tahan perasaan, Najwa nangis masa bagitahu umi. Umi "cakap, biarlah. Allah nak uji adik."

Najwa cerita kepada Kak Hajar, Kak Hajar cakap semua ujian itu daripada Allah.  Suatu hari nanti kebenaran akan terungkap, saat tu baru mereka tahu siapa betul dan siapa salah. Allah mahu menguji Najwalah tu. Sabar ya.


Najwa biarkan sahajalah. Biarlah orang nak cakap apa pun. BIARLAH NAJWA DAN KAWAN-KAWAN NAJWA HINA DI MATA MANUSIA, TETAPI BUKAN DI MATA ALLAH. Ya Allah kau tabahkan hati hambamu. Hanya padamu tempat aku mengadu. Amin...

-Doakan Najwa supaya tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan- :)