Monday, May 5, 2014

Boring Day



Assalamualaikum, wah wah wah... akhirnya azamku telah tercapai pada bulan Mei bersamaan 4.5.2014 pada pukul 10.00 malam! Apa yang best sangat, tak ada apa pun just dah tak buka facebook je. Yang tu pun seronok. 

Umi dah pun membebel hihi sebab apa asyik main facebook je kerja sekolah hilang ke mana? Najwa selalu siapkan kerja sekolah dekat sekolah, malas mahu buat dekat rumah. Tapi bila buat dekat sekolah, umi cakap tak ada kerja sekolah... huishhh, kena buat dekat rumahlah selalu... haha, tapi kalau tak buka facebook sehari macam nak gila... hah? Adalah rahsianyaaa sebab rajin sangat buka fb. 

Hari ini memang hari yang membosankan. Tak tahu nak buat apa, tak kan balik rumah nak tengok tv memanjang? Jawabnya, studylah... study hard and study smart, betul apa yang Najwa tulis? Lantaklah... :3

Sekarang dah bulan 5, tinggal lagi 3 bulan sahaja untuk belajar, belajar, belajar. Buat latih tubi, semangat perlu ada. Siapa di sini UPSR Candidates 2014? Cuba komen sikit dekat sini. Hope korang dapat 5A, belajarlah sungguh-sungguh. -Guru Besar cakap macam ni

Najwa pun UPSR tahun ini, jom kita pegang kata-kata semangat ini:

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal


Doa semoga kita dapat 5A, Allah mempurmudahkan segala-galanya. Usaha bersungguh-sungguh biar membuahkan hasil. Ikhtiarlah untuk mencari jalan yang senang dan akhirnya berserahlah kepada Allah. -Professor berceloteh, hihi

Semoga yang UPSR tahun ini, buat yang terbaik... biar 5A dalam genggaman, amin...


Doakan Najwa juga mendapat 5A. Bye, mahu study! 

Friday, May 2, 2014

Shopping Novel Baru

Assalamualaikum, hoho ^_^ Lamanya tak update entry baru eh? Lama ke? Hah, buka facebook slealu, update entry malas! 

Huhu, hari tu Najwa ada nak pergi PBAKL kan? Tiba-tiba tak jadi pulak, hancur hati den, fuyyo. Ayat pasrah nampak! Hah, sedihlah jugak sebab harapan tinggal harapan. Tak apalah maybe tahun depan pulak boleh pergi. Kak Hajar, kita samalah tal boleh pergi. Jealous tau tengok dalam fb ramai upload gambar

" berselfie dengan Kak Ain Maisarah, dengan penulis-penulis novel Blink."

Jealous jealous! Jealous sangat, sangat sangat. Macam nak pergi sekarang jugak, tapi kalau pergi pun nak naik apa? Naik rakit? Hihi, alamatnya sampai tahun depan tak sampai. 

Walaupun tak dapat shopping dekat Kedai Superhero Blink, tapi dapat shopping novel Kak Ain dekat Pustaka J-Deen tadi pun hati dah lega. Okeylah, daripada sedih...


Cantik tak hasil editanku? Najwa tak pro bab edit-edit, ni. Haha, siap ada atas tu 'edited by:najwa.Huhu :3 Lama rasanya tak borong buku bulan lepas.


Nampak ayat sedih Najwa tu? Tak dapat pergi PBAKL pun dapat novel jadilah. Setiap novel yang Najwa beli wajib Najwa tulis gini:

Nama:
Tarikh beli:
Guna duit siapa:

Ps:// abaikan sign Najwa!!! Tahulah tak cantik pun.

Haha kali ini guna duit den. Nampak tak ayat atas tu, sedih tapi gembira?
Sedih sebab tak boleh pergi PBAKL, gembira sebab dapat novel baru. Ohh yeh! Melebih seronok!

Malas nak tulis berjela-jela walaupun tak sampai keluar skrin, nak sambung baca novel! Bye bye... :)





Sunday, April 20, 2014

Segmen Blog Walking By Dayang Deno


Assalamualaikum, hari ni nak join segmen blog walking by Dayang Deno,
wah wah... lima pemenang berutah akan mendapat doodle
art button badge. Limitted edition!!! Hope Najwa dapat pemenang bertuah tu, sebab sebelum ni tak pernah join dan tak pernah menang!

Korang yang nak join, jom click banner kat atas. Gatlakan jari tu! Syaratnya cukup mudah!
Tak susah pun, kalau nak menang cepat-cepatlah join sebelum  11.59  pm 1 Mei 2014!


Ada paham? Tak paham, click sini  !<Sini>
Selamat berjaya kepada sesiapa yang join!
Doakan owner blog ni jugak tau! :P

Thursday, April 10, 2014

Nak Lawan Nasyid

Hai... morning, uh oh. Tak sempat Najwa nak taip memanjang, ups sebelum ni ada ke entry yang panjang berjela :e Huhu, Najwa dah nak erak ke Kulim, malam ni ada pertandingan nasyid peringkat negeri. Hari tu Najwa menang, Alhamdulillah. Masalah betul, suara takde. Tawakkal sahajalah, Najwa kena pantang macam-macam

Air  ais
Masakan pedas
DLL 

Huhu, tengok orang lain makan dengan sedap je, kita tengok je. Nak nangis pun ada. Yan masalah lai satu nasyid ini waktu malam bukan pagi!!! Nak luruh jantung den ni! Malam, malam ngantuk pulak!

Okey lah, nak bersiap dah... doakan Najwa berjaya malam ni okey? Amin... semoga Najwa berjaya buat yang terbaik. InshaAllah!. Flying kiss to korang yang baca entry ni!

Bye, and salam Jumaat.

Thursday, April 3, 2014

Cinta Cherry Blossom

Assalamualaikum...


Hai, wow... gila suprise sebab sekarang musim bunga!!! Jadi entry kali ini pun mesti nak berbunga-bunga jugak an? Haha, bunga ini hanya ada di PENDANG DAN JEPUN! Ada tak negeri-negeri laen ada jugak bunga cherry blossom yang warna pink, putih and purple?

Siapa tak tahu cherry blossom tu macam mana?
Cuba buka google taip cherry blossom or malas nak buka sekejap Najwa copy gambar! Tunggu, jangan lari!

Ini cherry blossom warna purple  ala pink-pink sikit! Awesome kan?!!!


Ini cherry blossom warna pink! So pinkish!


Ini white cherry blossom! Najwa suka warna putih sebab nampak cantik!


Amacam, cantik tak? Siapa nak tengok datanglah Kedah dan datang ke Pendang!!! Istimewa di bumi Kedah Darul Aman sahaja(kalau ada bagitahu ek)

Haha, sekarang depan rumah Najwa je pun... Ramai lah orang snap gambar... penuh! Sekarang bunga tu luruh angin tiup, cantik sangat... Tak sempat Najwa nak snap, sebab tak keluar rumah. Cuma ada teacher Najwa post gambar tu, sekejap ek Najwa letak gambar! 




Cantik tak? Ini yang teacher Najwa post... Najwa copy jerk! Hihi, InshaAllah kalau petang ni orang tak full bolehlah Najwa snap gambar!!! :) Jom tengok lagi gambar cherry blossom!




Ini pula ada lagi. Cantik tak? Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas keindahan di muka bumimu.

Mulai saat ini, AKU CINTA CHERRY BLOSSOM! Hihi! 

Ini depan rumah Najwa punya,cantik tak?


Salam Jumaat semua, Assalamualaikum