Thursday, June 19, 2014

Vote Vote Vote

Assalamualaikum... wakaka. Najwa dah berhenti dari main facebook, nak fokuskan kepada UPSR yang bakal tiba 82 hari je lagi... cuma teringat nak tulis entry hari nih. Keranaku boring, buat entry mengarutlah jawabnya, kan? Memang boring giler. Kawan Najwa ni punsatu, cakap nak datang, tapi tak datang-datang. Apa kono eh? Lambat sangat! Nak kena saman dah kut. wueeek!

Esok ada Ceria Popstar, kan kan kan? Ihihi, Najwa layan lagi... haha tentunya Najwa vote oqang Kedah lerr... siapa yang taahu tu, diam-diam dah ler, ok? Heheh... siapa yang mati akal belum tahu, pandai-pandaila... Setiap hari Najwa vote. Haha, asalnya kad sim block sebab apa entah tak boleh buka, lepastu abang Najwa beli kad sim baru. Najwa dah jadi gila sebab baru nak vote je, tak sempat. Duduk pun tak senang, sebab nak vote. Time tu jugak nak buat hal. Alhamdulillah abang Najwa beli jugak malam tu! Leb you my blader... 

Setiap hari nak pergi dan nak balik sekolah, dah Najwa vote pun... wakaka! Sehari tu boleh dikatakan 3 hari jugakla... topup habes??? Apa kisah, nanti topup lain... duit kembung lah sekarang katakan.... *kembang hidung... sekali-sekala je vote, apa salahnya, kan???

Korang sokong siapa, sharela...sharing is caring, right? Hihi...

Jom jom, kita vote sekali, jom! Tak memakse pun... yang sudi je tau tau! Esok pukul 9.00 malam, 611 tau! Bye bye, jangan lupa vote Oqang Kedah!


Sunday, June 15, 2014

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum, aiii... entry macam budak sekolah jew. Memang Najwa budak sekolah pon. Tak tahu lagi ke? Boring gilalah!

Dah tiga minggu cuti bila pergi sekolah, aduhaiii... pagi-pagi kena bangun awal! Jom kita tengok apa beza cuti sekolah dan hari sekolah. Mehlah tengok.

Cuti Sekolah vs  Hari Sekolah

Bangun lewat- Bangun awal(pagi-pagi buta)
Tak de kerja  - Ada kerja sekolah bertimbun
Relaks            - Tak boleh relaks
Sempat breakfast - Tak sempat

Inilah perbezaanya... see? Cuti sekolah, lepas bangun Subuh, Najwa tidur sampai pukul 8.00. Lepastu, Najwa relaks kan minda dengan pergi holiday, kan kan kan? Cuti Sekolah mana sempat nak jalan-jalan. Cuti sekolah tak ada kerja kena buat, adalah jugak, kemas-kemas rumah gitu-gitu ajela... waktu hari sekolah.... perghhhhhh! Kerja sekolah setinggi Gunung Kinabalu! Satu lagi! Cuti sekolah, Najwa selalu makan banyak-banyak waktu sarapan, waktu sekolah apa pun tak isi!

Okeylah, perlu buat kerja... ingat nak mesej bff tapi dah phone sim buat hal kena beli sim barulah jawabnya... :P Apalah Najwa ni, bye!

Friday, June 13, 2014

Ceria Popstar 2

Assalamualaikum, hai! Selamat petang. Hari ni Najwa tak cakap panjang sebab ada kerja nak buat, ngeh ngeh... sebelum tu, siapa minat Ceria Popstar? Cuba angkat tangan sikit. Najwa mula-mula tak minat, sikit-sikit selepas tu baru minat. Korang support siapa ea? Kasi sharelah sama Najwa.

Iqbal
Masya
Sheikh
Putri
Erissa
Jomego(tak silap ada, kan?)

Siapa sokong Iqbal? 
Masya?
Sheikh?
Putri?
Erissa?
dan Jomego?

Siapa kat sini sokong Orang Kedah a.k.a Iqbal? Kalau ada tu kita genglah! Najwa sokong siapa? Of courselah kita sokong oqang Kedah jugok. Najwa ni kan orang Kedah. Hope Iqbal dapat buat yang terbaik malam ni! Good luck :) 

Wednesday, June 11, 2014

Never say Never

Assalamualaikum... hoi gila boring! Tengok tv pun tak ada gambar best best... so? Dengan rela jiwa mengambil buku Math ulang kaji! Hoho ^_^ Terlebih rajin pulak, kan? Heheh, lah Najwa kan kurang pro sangat Math ini! Sebab tu banyak kena fokus dekat Math. Alhamdulillah semalam Najwa jawab 300 soalan Bahasa Inggeris! Alhamdulillah semuanya 30 ke atas! Hiuhu, kembang hidung. Najwa cabar diri sendiri jawab 300 soalan Math hari ini! InsyaAllah menjadi kenyataan, sekarang baru 80 jawab, berhenti sekejap. Otak dah tak berfungsi, perlu rehatkan minda.

Najwa ada tengok tips-tips di satu website ni cakap, nak cekap Math kena buat paper 2 dulu! Okey Najwa sekarang perlu tekankan paper 2. Najwa jawab semua 20, ada yang betul 35 ke atas. Ada soalan yang susah, Najwa tanyalah abang Najwa, nasib abang bagi support dekat Najwa. Sharing is caring, right? 

Najwa berharap sangat UPSR kali ni Najwa dapat 5A! Ya Allah makbulkan doaku. InsyaAllah dengan berkat segala usaha Najwa, InsyaAllah Najwa boleh buktikan yang Najwa boleh! Najwa tak nak hampakan kedua-dua umi dan abah Najwa. Tahun ni serentak Najwa dengan abang Najwa akan ada exam yang penting! Najwa UPSR, abang Najwa SPM.

 To my brother, SPM kali ini buat elok-elok! Jangan main-main aaa, ini adik kasi nasihat :P Okeylah tak mau cakap panjang-panjang. Najwa nak teruskan buat kerja! Bye...

Monday, June 9, 2014

Result

Assalamualaikum, huhu... lamanya Najwa tak menulis-nulis di sini. Maklumlah, orang yang nak ambil periksa ni, kekadang je ada masa free. By the way Najwa nak share sikit result peperiksaan pertengahan tahun Najwa baru-baru ni. Apa-apa pun memang soalan kali ini susah tambah-tambah Math dengan Bahasa Inggeris. Selalunya okeylah sederhaan susah, but kali ni susah gila-gila. #apakah?

First tu Najwa silap pilih tahun tengok-tengok kedudukan dalam kelas nombor lain? Eh eh, biar betul? Rupa-rupanya Najwa silap buka, heheh! Apalah Najwa ini, meh tengok markah Najwa...

Bahasa Melayu Pemahaman: 88
Bahasa Melayu Penulisan: 95 -Terbaik
Matematik: 65 -Sedih
Bahasa Inggeris: 76 -sikit je nak sampai A
Sains: 84

Huhu 3A 2B  je. Hai, nak sampai A lagi sikit. Apa pun thanks kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar and congrats kepada kawan-kawan yang score A tu! 

Najwa tak ada pandai sangat, kena struggle lebih nanti. Alhamdulillah, Najwa target Sains A then dapat! Alhamdulillah... 

Okeylah bye, tak boleh taip memanjang sangat... kena buat kerja sikit... doakan Najwa dapat 5A ye! #Assalamualaikum